Rabu, 3 Julai 2013

Sekolah Emma TERBAKAR ?!

Haii . haii . haii korang ! . ^^ . 
Rindu serindu - rindunya dengan blog . 
wihihiihi ~!

Today , i want to talk about .... "whoa ! emma cakap inggeris woii" . EHH .... takpe , belajo cakap inggeris , nak SPM dah ni . huahua . sebagai persediaan awal lha katakan . muehehehe ~ :D . 

okay , be serious . Err ., nak ugak cakap inggeris nih , tapi .... malulah . hehe . emma cakap melayu ja lha kay . huahua ~! . baca tajuk entri kali nih . "Sekolah emma terbakar"

nak dengar cerita pasal sekolah emma yang terbakar tu tak ? nak ? . haha . sabarr ~ ! mahu cerita lha nih . 

Waktu tu kelas BM . cikgu serious mengajar emma dan kawan - kawan . tak lama kemudiann ....
"Ringgggggggggg ...." *Lonceng kebakaran berbunyi* *siren dibunyikan untuk suruh pelajar dari tingkat 3 turun secepat yang mungkin* 
Cikgu : "Apa tu ? kebakaran kha nihh ?! cepat kemas buku - buku , keluar cepatt !"
Kami sekelas : *Tengok kiri - kanan* *PANIK*
 . "Kebakaran kha cikgu ?!" *Kemas buku* *suasana jadi kelam kabut*

Cikgu : "Cepattt ! , tutup lampu , kipas !"
Penolong ketua kelas : "Cikgu .... jangan panik , nanti kami panik"
Ketua kelas : *Orang pertama keluar* -_-" .
Tingkatan 6 , 5 , 4 , 3 meluru keluar dari kelas masing - masing . Dari tingkat 3 sampai tingkat 1 .
-Semasa turun tangga-
Sheyda : "Emma , saya takut ...."
Emma : "Mm . :'( . saya pun "
Sheyda : *Genggam tangan emma*  . 

Seriously ! tangan sheyda punyalah sejukk . takut sangat diaa .
lepas tuu ... semua murid dikumpulkan di padang sekolah . tengok asap punyalah tebal . pucatt lha c emma . mulalah berfikir "Lepas nih , emma sekolah di mana kalau sekolah terbakar ?!" . Haha . sempat lagi emma berfikir macam tuu . Astaghfirullahalazim .
Lepas tu , tak lama kemudian .... asap tu semakin menghilang dari pandangan . nampak lha cikgu tengah bakar - bakar kayu . kami semua mulaa .... rasa ..... nak nangis !
 . you know what ?! cikgu tipuu . *Merajuk tiga abad* . rupanya ... tiada kebakaran . cikgu jemput ahli - ahli bomba untuk menunjukkan demo menggunakan alat pemadam api kepada pelajar sekolah . huu . terkejutt betul jantung kami ni haa . :'( . cikgu - cikgu dah rancang semua ni dari awal . huu .
-2 hari kemudian-
-Kelas BM-
Cikgu : *masuk kelas*
Ketua kelas : "Semua murid - murid berdiri , selamat pagi cikgu !"
Kami sekelas : "Selamat pagi cikgu !"
Cikgu : "Pagi semuaa .... duduklah"
Kami sekelas : *Merajukkk* *bila cikgu tanya , kami diam*
 ....
Cikgu : "Okay , kita buat karangan"
Kami : *Ikut arahan , tetapi diam*
Cikgu : "Kamu marah cikgu kha ? alaa .... cikgu minta maaf lha aa . sekolah sudah rancang semua tu dari awal .
Penolong ketua kelas : "Cikgu jahat !"
Cikgu : "Alaa .... itu salah satu latihan , nanti kalau betul - betul terjadi kebakaran , kamu tahu sudah apa mahu buat kan , tutup kipas , lampu , sudah , jangan lagi marah , kay . cikgu minta maaf"
Kami sekelas : "Yaaaaaa .... cikgu !" 

Hee . kehidupan di sekolah seperti sebuah keluarga . 
kami tetap bersyukur tiada apa - apa yang serius berlaku . 
Alhamdulillah . :') . Apapun , dapat juga menimba ilmu tentang alat pemadam api . hee . 

Syukran sudi baca . mungkin ada pengajaran dan hikmah disebalik apa yang berlaku dari cerita emma ~~~


0 5 000 KOMEN DI SINI:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright 2013 | By Nur Ismah @ Emma Ul'Fah 2013