Sabtu, 22 Jun 2013

Biar ESOK untuk hari ESOK

Assalamualaikum semua ...
Apa khabar ? sihat ? 
Alhamdulillah . ehem .
apa mood korang hari ni ? 
okay ? or sedih ? 
jangan sedih - sedih lha ye . 

Meh sini emma kongsikan sedikit perkara . hee . tengok entry kali ni ''. Okay , baiklah . sekarang emma nak terangkan apa yang emma dok merepek daripada tadi . ^^ 

Samada waktu susah atau senang - beringatlah kepada Allah , sesungguhnya jika Allah boleh mengubah siang ke malam , malam ke siang , bentuk cahaya bulan setiap malam , sudah tentu Allah boleh mengubahkan kehidupan kita daripada baik ke tak berapa baik . 

Ada yang bertanya bagaimana nak mengharungi kehidupan apabila hidup semakin bertambah susah ? . Bagaimana nak bertahan tatkala kita sedih , keseorangan dan tinggal suit tak seberapa ? 

Ingatlah , mengharungi ujian kehidupan ialah bagaikan merentasi hutan yang tidak pernah diterokai .

ketika merentasi hutan , kita menebas pokok ., dan tiba - tiba kita terserempak binatang buas ., tiba - tiba minda kita tidak memikirkan benda lain selain sekarang . kita lupa mengenai hal masa hadapan . semua usaha dan tenaga kita adalah untuk langkah seterusnya , langkah satu lagi , satu inci sehinggalah kita melepasi kumpulan binatang buas tersebut . 

strategi yang sama adalah berkesan untuk kehidupan seharian . apabila ujian kehidupan bertambah sukar , kita fokuskan segala tenaga dan usaha pada apa yang ada di depan , langkah seterusnya . 

kita selesaikan masalah satu per satu . ambil satu langkah kecil demi langkah kecil , apabila kita bertambah keyakinan , kita ambil langkah seterusnya . In Shaa Allah , tanpa sedar , anda akan keluar dari kemelut kehidupan yang ditentukan Allah . 

Buang sikap berasa bimbang terhadap apa yang perlu dilakukan bulan hadapan , apa yang akan tersilap pada masa hadapan - itu adalah pintu untuk bisikan syaitan menguasai minda kita dengan pelbagai bayangan dan khayalan yang menakutkan . 

Jika 24 Jam terlalu sukar untuk anda harungi , harungilah 5 minit setiap langkah dengan senyuman dan fokus 100 % tenaga . amboii , dah macam kimia lah pula ada perantus , masa . hee . 

In Shaa Allah , tenaga positif akan menyelubungi jiwa dan minda anda diselubungi awan gelap akan nampak cahay matahari dengan kadar segera . 

Ingatlah , dalam setiap ujian Allah , bagi kita yang kerdil ini , apa yang boleh dilakukan ialah mengumpul sebanyak mungkin amal sebelum kita tidur semula buat selama - lamanya . 

wahai sahabatku , jika ingin berubah ke jalan Allah ... maka berubahlah tanpa rasa segan . kerana Allah tidak mempedulikan kisah lalumu , Allah hanya mempedulikan hari esokmu . Allah menanti , menanti dan menanti . jangan biarkan CINTA ALLAH tidak berbalas . :') . 

- credit to motivation book by Tuan Ibrahim Tuan Man . 

0 5 000 KOMEN DI SINI:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright 2013 | By Nur Ismah @ Emma Ul'Fah 2013