Sabtu, 31 Ogos 2013

Diam


Hai Sahabat - sahabatkuu ! ^^ .
Hai , hai dan haii ... hee .
Tengah sedih ? sakit hati ?

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM

Selasa, 6 Ogos 2013

Ramadhan Bakal Pergi :'(

Hai . Haii semuaa . 
Sebakk di hati seakan 
ada yang akan meninggalkan 
kita semuaa ... iaitu RAMADHAN . :'( . 

Rasa semacam tak lama Ramadhan tahun ini . cepat masa berlalu , seakan baru kelmarin bertemu Ramadhan . adakah ini petanda akhir zaman ? Wallahu'alam . 


Persoalannya , masih adakah lagi Ramadhan untuk kita ? . :'( . 
Semoga Allah mengizinkan kita bertemu dengan Bulan Ramadhan seterusnya . In Shaa Allah .
Amin Ya Allah . 

Jika esok dan tahun seterusnya tidak akan tiba .. ini mungkin kali terakhir saya menemui Ramadhan .... belum puas meluangkan masa di Bulan Ramadhan yang penuh beekah ini . :'( ... 

Rabu, 31 Julai 2013

Majlis Ihya Ramadhan & Majlis Khatam Al-Quran SMK Gunsanad Keningau


Kayfa Haluka ? Kayfa Haluki ? 
Baarokallahu'fik . syafakillah buat yang kurang sihat . :) . 

Alhamdulillah . Hari ni , 31 Julai 2013 bersamaan 22 Ramadhan 1434 Hijriah merupakan
Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran SMK Gunsanad Keningau , Sabah .
Alhamdulillah , emma dapat ikut serta tadarus Al-Quran dengan sahabat - sahabat yang lain .

Buah Apple dan Telur Rebus ....
Cenderahati dari Majlis tersebut buat peserta - peserta Tadarus Al-Quran

Apapun , emma bersyukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk turut serta dalam Majlis tersebut .
Alhamdulillah . Terima Kasih buat Naqib dan Naqibah yang sudi memberi tunjuk ajar dalam Tadarus .

Semoga emma dapat mengikuti majlis sebegini lagi .
In Shaa Allah . Assalamualaikum Warahmatullahi'Wabarakatuh . :) . 

Jumaat, 26 Julai 2013

Maaf . anda tidak terpilih mengikuti PLKN siri pertama sesi 2014



Haii . haii readers . 
Hee . sihat ? Alhamdulillah . 
Have you read the title above ? . 
Whoaahh . im happy now ! ^^ . 

Sebelum nih , tertanya - tanya , "dapat ke tidak PLKN ?" huh . takut . apa yang hendak ditakutkan ? haha . emma pun tak tau . dalam bayangan emma , "erkkk , tak mau lha masuk PLKN . merangkak bawa dawai , panjat dinding . manalah emma tau semua tu" .  takut DIMARAH sebenarnya . hee . kalau tak pandai semua tu , nanti kena marah macam mana ? . haha . emma ni tak suka kena marah . tak biasa kena marah . manja ? haha . tidak juga . orang takut marah emma sebab suka nangis . cengeng . *Menyampah kan ?* ==" .

Boleh marah budak emma ni dengan satu syarat .... jangan didepan orang ramai . confirm nangis punyalah . ;) .
Pagi tadi , emma bangun dan check FB , riuh tentang PLKN . tangan emma mula rasa sejukk . menggeletar . lepas tu , emma check lha kononnya di web PLKN tu . masukkan no kp dan ....
"Maaf , anda tidak terpilih mengikuti PLKN siri pertama pada sesi 2014" 
Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah Ya Allah . huu . kawan - kawan cakap wajib ikut PLKN 2014 . lepastu tambah 6 bulan kem . tapi , itu semua belum ditentukan oleh pihak berkuasa .

Emma  dah rancang dah kalau ada PLKN , emma dapat kenalan baru dari serata Malaysia , dapat menimba ilmu lebih banyak . wahh . hee . kalau tidak terpilih , emma mahu fokus sambung belajar Al - Quran . hee . In Shaa Allah . ^^ .

Salam'Alaik . :) 

Form 5 2013 yang belum check list dalam PLKN bolehlah check di sini -> PLKN 2014 . 



Selasa, 9 Julai 2013

[ 1 RAMADHAN 1434H ] Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan

Haii semuaaaaa ! 
lama dha budak nih tak update blog diaa kann . -_- . 
Al Maklumlah ... CALON SPM lah katakan .
huh . jadual pun dah berserabut ! otak nak fikir itu ini !
segala formula addmath , fizik , kimia , kejuruteraan .
haha ! jadual amatlah padat ! . >.< .
Huu . takpa , sekarang curik masa untuk update blog . hee .
semata - mata nak ucapkan SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN pada 10 JULAI 2013 bersamaan   1 RAMADHAN 1434H  untuk sahabat - sahabat emma yang disayangi yang jauh di mata , tapi tetap dekat di hati , wahh . muehehehe ~ ^_^ . emma nak ambil kesempatan nih , nak minta maaf kalau ada SALAH , tak kira lah dengan sesiapapun , mungkin ada TERsilap cakap samaada sengaja mahupun tidak sengaja . halalkan segalanya . In Shaa Allah .
Amin Ya Allah .



Alhamdulillah , Allah masih mengizinkan diri ini bertemu bulan Ramadhan yang dirindui selama ini .
Alhamdulillah , Syukran Ya Allah . ^_^ .

Korang ! jangan ponteng puasa tau . jangan lupa solat terawih . baca Al - Quran , surat cinta daripada Allah . bersihkan hati . :) . kuatkan iman , jaga hati , jaga iman , jaga diri . serahkan cinta hanya pada Allah . ambillah kesempatan di bulan Ramadhan , bulan yang penuh keberkatan ini dengan meminta keampunan dosa - dosa lalu . Sesungguhnya Allah maha mengampuni hamba - hambaNya . kerana Allah sayang dengan hamba - hambaNya melebihi apapun . :) .

Tidak lupa juga pada sahabat - sahabat seangkatan yang akan menduduki SPM 2013 , ambillah kesempatan di bulan ramadhan ini untuk meminta redha Allah untuk setiap ilmu yang kita dapat . semoga dipermudahkan urusan kita di peperangan SPM kelak . In Shaa Allah . Jangan berhenti mendoakan kejayaan diri hingga ke hari peperangan nanti . jangan putus asa . Usaha LIF kejayaan . ^_^ .
Mafi Qalbi Ghairullah .  heart,valentine,love .

Assalamualaikum Warahmatullahi'Wabarakatuh .
Salam Ukhwah Fillah .

Isnin, 8 Julai 2013

Akhirnya siap kerja kursus AddMath . ^_^ .

 
Chakkk >_< ! hehe ! . haii , haii .
Hari yang cukup indahh .
tengok kat bawah nihh , emma cuma nak bagitahu ....
emma dah siapkan AddMath project work ! :) .
Alhamdulillah Ya Allah . ^_^ .


Snap sekeping ! Ringkas kan ? hee . :) .

Alhamdulillah . ^_^ .


Ahad, 7 Julai 2013

Emma seorang PENDIAM .

 
Haii readers . :') . 
Hari nihh emma sedihh sangat . 

Emma ringkaskan cerita yee . :') . boleh kan ? kan ? kan ? . 

Okay . hampir semua subjek , emma blerr di kelas . 

- Kelas matematik -
Emma : *Menghayal*
Teacher : "Ismah , what on your mind , huh ? are listening me ?!"
Emma : "Hah ? Err .... yes teacher !"
Teacher : "Focus on your study ! do not thinking about the other problems !"
Emma : "Okay .... teacher ! , yeah . you are right ., i must focus on my study , im sorry teacher" 

-Kelas BM-
Cikgu : *tengah beri keterangan di hadapan*
Emma : *Renung cikgu ....*
Cikgu : "Ismah ! kenapa nih tahun kurang senyum , lama sudah cikgu tidak nampak senyuman kau"
Kawan - kawan sekelas : *Tengok emma*
Emma : "Hah ? . saya tidak apa - apa , cikgu . maafkan saya"  

Kelas - kelas seterusnya ~~~ kelas AddMath , Fizik , Kimia , English , Tek.Kejuruteraan ....
Emma : *Hari - hari diam*
Kawan - kawan sekelas : *mencuba untuk menghiburkan emma dengan lawak - lawak*
Cikgu I : "Ismah , senyum , ketawa , jangan sedih ...." 
Kawan - kawan sekelas : *senyum sambil tengok emma*
Emma : *Senyum* :') . 

Cikgu II : "Si Ismah nihh ., kejap sedih , kejap senyum"
Emma : "Hee . :')"
Cikgu II : "Ismah , ada pendam sesuatu kha ?"
Emma : "Tiada apa - apa cikgu"

Kenapa ? kenapa ? kenapa ? apakah sebabnya emma menjadi PENDIAM ? cuba teka . teka . teka . ^^ .

Emma baik - baik sahaja . :') . 
Salam Ramadhan . Syukran sudi baca . 
Jazakallahu Khaira . 
In Shaa Allah . Assalamualaikum WBT .

Rabu, 3 Julai 2013

Sekolah Emma TERBAKAR ?!

Haii . haii . haii korang ! . ^^ . 
Rindu serindu - rindunya dengan blog . 
wihihiihi ~!

Today , i want to talk about .... "whoa ! emma cakap inggeris woii" . EHH .... takpe , belajo cakap inggeris , nak SPM dah ni . huahua . sebagai persediaan awal lha katakan . muehehehe ~ :D . 

okay , be serious . Err ., nak ugak cakap inggeris nih , tapi .... malulah . hehe . emma cakap melayu ja lha kay . huahua ~! . baca tajuk entri kali nih . "Sekolah emma terbakar"

nak dengar cerita pasal sekolah emma yang terbakar tu tak ? nak ? . haha . sabarr ~ ! mahu cerita lha nih . 

Waktu tu kelas BM . cikgu serious mengajar emma dan kawan - kawan . tak lama kemudiann ....
"Ringgggggggggg ...." *Lonceng kebakaran berbunyi* *siren dibunyikan untuk suruh pelajar dari tingkat 3 turun secepat yang mungkin* 
Cikgu : "Apa tu ? kebakaran kha nihh ?! cepat kemas buku - buku , keluar cepatt !"
Kami sekelas : *Tengok kiri - kanan* *PANIK*
 . "Kebakaran kha cikgu ?!" *Kemas buku* *suasana jadi kelam kabut*

Cikgu : "Cepattt ! , tutup lampu , kipas !"
Penolong ketua kelas : "Cikgu .... jangan panik , nanti kami panik"
Ketua kelas : *Orang pertama keluar* -_-" .
Tingkatan 6 , 5 , 4 , 3 meluru keluar dari kelas masing - masing . Dari tingkat 3 sampai tingkat 1 .
-Semasa turun tangga-
Sheyda : "Emma , saya takut ...."
Emma : "Mm . :'( . saya pun "
Sheyda : *Genggam tangan emma*  . 

Seriously ! tangan sheyda punyalah sejukk . takut sangat diaa .
lepas tuu ... semua murid dikumpulkan di padang sekolah . tengok asap punyalah tebal . pucatt lha c emma . mulalah berfikir "Lepas nih , emma sekolah di mana kalau sekolah terbakar ?!" . Haha . sempat lagi emma berfikir macam tuu . Astaghfirullahalazim .
Lepas tu , tak lama kemudian .... asap tu semakin menghilang dari pandangan . nampak lha cikgu tengah bakar - bakar kayu . kami semua mulaa .... rasa ..... nak nangis !
 . you know what ?! cikgu tipuu . *Merajuk tiga abad* . rupanya ... tiada kebakaran . cikgu jemput ahli - ahli bomba untuk menunjukkan demo menggunakan alat pemadam api kepada pelajar sekolah . huu . terkejutt betul jantung kami ni haa . :'( . cikgu - cikgu dah rancang semua ni dari awal . huu .
-2 hari kemudian-
-Kelas BM-
Cikgu : *masuk kelas*
Ketua kelas : "Semua murid - murid berdiri , selamat pagi cikgu !"
Kami sekelas : "Selamat pagi cikgu !"
Cikgu : "Pagi semuaa .... duduklah"
Kami sekelas : *Merajukkk* *bila cikgu tanya , kami diam*
 ....
Cikgu : "Okay , kita buat karangan"
Kami : *Ikut arahan , tetapi diam*
Cikgu : "Kamu marah cikgu kha ? alaa .... cikgu minta maaf lha aa . sekolah sudah rancang semua tu dari awal .
Penolong ketua kelas : "Cikgu jahat !"
Cikgu : "Alaa .... itu salah satu latihan , nanti kalau betul - betul terjadi kebakaran , kamu tahu sudah apa mahu buat kan , tutup kipas , lampu , sudah , jangan lagi marah , kay . cikgu minta maaf"
Kami sekelas : "Yaaaaaa .... cikgu !" 

Hee . kehidupan di sekolah seperti sebuah keluarga . 
kami tetap bersyukur tiada apa - apa yang serius berlaku . 
Alhamdulillah . :') . Apapun , dapat juga menimba ilmu tentang alat pemadam api . hee . 

Syukran sudi baca . mungkin ada pengajaran dan hikmah disebalik apa yang berlaku dari cerita emma ~~~


Sabtu, 22 Jun 2013

Biar ESOK untuk hari ESOK

Assalamualaikum semua ...
Apa khabar ? sihat ? 
Alhamdulillah . ehem .
apa mood korang hari ni ? 
okay ? or sedih ? 
jangan sedih - sedih lha ye . 

Meh sini emma kongsikan sedikit perkara . hee . tengok entry kali ni ''. Okay , baiklah . sekarang emma nak terangkan apa yang emma dok merepek daripada tadi . ^^ 

Samada waktu susah atau senang - beringatlah kepada Allah , sesungguhnya jika Allah boleh mengubah siang ke malam , malam ke siang , bentuk cahaya bulan setiap malam , sudah tentu Allah boleh mengubahkan kehidupan kita daripada baik ke tak berapa baik . 

Ada yang bertanya bagaimana nak mengharungi kehidupan apabila hidup semakin bertambah susah ? . Bagaimana nak bertahan tatkala kita sedih , keseorangan dan tinggal suit tak seberapa ? 

Ingatlah , mengharungi ujian kehidupan ialah bagaikan merentasi hutan yang tidak pernah diterokai .

ketika merentasi hutan , kita menebas pokok ., dan tiba - tiba kita terserempak binatang buas ., tiba - tiba minda kita tidak memikirkan benda lain selain sekarang . kita lupa mengenai hal masa hadapan . semua usaha dan tenaga kita adalah untuk langkah seterusnya , langkah satu lagi , satu inci sehinggalah kita melepasi kumpulan binatang buas tersebut . 

strategi yang sama adalah berkesan untuk kehidupan seharian . apabila ujian kehidupan bertambah sukar , kita fokuskan segala tenaga dan usaha pada apa yang ada di depan , langkah seterusnya . 

kita selesaikan masalah satu per satu . ambil satu langkah kecil demi langkah kecil , apabila kita bertambah keyakinan , kita ambil langkah seterusnya . In Shaa Allah , tanpa sedar , anda akan keluar dari kemelut kehidupan yang ditentukan Allah . 

Buang sikap berasa bimbang terhadap apa yang perlu dilakukan bulan hadapan , apa yang akan tersilap pada masa hadapan - itu adalah pintu untuk bisikan syaitan menguasai minda kita dengan pelbagai bayangan dan khayalan yang menakutkan . 

Jika 24 Jam terlalu sukar untuk anda harungi , harungilah 5 minit setiap langkah dengan senyuman dan fokus 100 % tenaga . amboii , dah macam kimia lah pula ada perantus , masa . hee . 

In Shaa Allah , tenaga positif akan menyelubungi jiwa dan minda anda diselubungi awan gelap akan nampak cahay matahari dengan kadar segera . 

Ingatlah , dalam setiap ujian Allah , bagi kita yang kerdil ini , apa yang boleh dilakukan ialah mengumpul sebanyak mungkin amal sebelum kita tidur semula buat selama - lamanya . 

wahai sahabatku , jika ingin berubah ke jalan Allah ... maka berubahlah tanpa rasa segan . kerana Allah tidak mempedulikan kisah lalumu , Allah hanya mempedulikan hari esokmu . Allah menanti , menanti dan menanti . jangan biarkan CINTA ALLAH tidak berbalas . :') . 

- credit to motivation book by Tuan Ibrahim Tuan Man . 

Sabtu, 25 Mei 2013

Mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat


Assalamualaikum .
marilah kita sama - sama
mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat .
subhanallah . semoga ini bermanfaat untuk kita semua .

Fizikal Nabi
Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata:
Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kebiasaan Nabi
Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.

Rumah Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.

Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.

Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.

Luaran Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.

Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

Majlis Nabi
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.

Baginda tidak pernah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.

Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.

Diamnya Nabi
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.

(Nukilan Thabarani - Majma'uz-Zawa'id 8:275)

# C/P . Credit to AzharJaafar . 

Assalamualaikum . 

Renungan Bersama


Assalamualaikum .
Sihat ? Alhamdulillah .
emma mau kongsikan sedikit 
maklumat dari mr google .
semoga bermanfaat . :') . 

"Nabi bersusah payah turun naik turun naik jumpa Allah supaya kurangkn solat 50 waktu kepada 5 waktu tu pon manusia tak boleh nak buat."

"Jangan pernah tinggalkan solat, kerana ada jutaan manusia di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan hanya untuk bersujud kepada Allah."

"Bila Hati Kita Berkehendak Kepada Sesuatu Kebaikan..Pasti ALLAH Bukakan Jalan"

"Wanita yang sosial jadi rebutan untuk dipermainkan. Tetapi, wanita yang solehah jadi rebutan untuk diperisterikan"

Jangan hanya sujud ke 'sejadah' saat susah. Jangan hanya kenal 'telekung' saat sesak. Jangan pandang 'qiblat' saat payah. Ingat Allah selalu :)

Cinta Allah adalah cinta yang paling MAHAL. Cinta selain Allah adalah cinta MURAHAN

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


Photo: ^_^


"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)

"Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

# C/P . Sekadar perkongsian buat kita semua . 



Salam Ukhwah Fillah . 
Assalamualaikum . 

Majlis Hari Lahir Anak Cikgu

Assalamualaikum . 
Hehe . apa tengok - tengok ? -_-"
elehh ., hehe . jangan lah marah . alooo ~
comey je korang marah ... :3 . 
Abaikan

Mm . emma mau cerita pasal majlis hari lahir anak cikgu . hee . kemarin , cikgu datang kelas jemput kami datang rumah dia untuk memeriahkan lagi majlis hari lahir anak cikgu . haha . memang meriah lah kalau emma datang . *perasansudahbudakni* -_- . 

Okepp . emma on facebook kelmarin , wanda pun on facebook . kami chat , rancang pergi rumah cikgu . hee . ikut betul kami sama sheyda . but , sheyda ada kenduri dekat rumah dia . jadi , dia tak jadi ikut . huu ~ 

hari majlis tu , awal pagi emma text wanda . kami janji laa kononnya jumpa dekat pejabat pos . mm . pejabat pos kay , pejabat pos . kenapa tak jumpa dekat balai polis ja kan terus lagi parah , terus kena hantar pergi pusat henry gurney or bukit padang tu . -_-" 

lepas text wanda , emma on facebook . oleh kerana tiada kredit , emma text wanda di facebook . haa . kesiannn kan . ketawa untuk emma please . ok . thank you . :P

sedang - sedang online , dad cakap "Emma , kalau mau ikut jalan , pergi bersiap" . mm . jadi , emma ikut ja lah dengan mum , kakak , abg , adik . haha . one family ~ 

kami pergi restoran yang selalu pergi tu , tapi emma teringat peristiwa ada lalat dalam makanan masa kami bawa anak buah emma makan dekat restoran tu . jadi , emma ingatkan lah dad dengan mum . so , kereta yang dah berparking tu terpaksa lah keluar dari parking dan menuju ke sebuah restoran lagi . 

sampai dekat restoran , aduhh . banyak orang . kakak cakap dia tak lapar pun , tapi dad mau juga bawa makan . dad memang tak sah jalan - jalan kalau tak singgah restoran . mm . btw , emma pun lapar nihh . haha ~ 

lepas tu , dad bawa lagi pergi restoran yang satu . sampai dekat sana , excited ! , dapat makan nasi ayam + ABC . hahaa . kenyang okay , kenyang . Alhamdulillah . 

lepas tu , kami temankan mum pergi beli barang dapur . hoo ~ . dalam kedai tu , emma terserempak dengan seorang kakak yang bakal menjadi tunang cikgu emma kat sekolah . haha . tak sangka dapat jumpa setelah sekian lama . ecehh ~ . sungguh tak percaya , hari jumaat hari ni , esok bersamaan 25 may diorang tunang . Alhamdulillah . semoga berkekalan . emma doakan cikgu bahagia . :) . 

-converse- 
Emma : Aihhh ! kakak ! hehee . lama tidak jumpa . 
Kakak : Hehe . kau pula nih . 
Emma : iyaa . sudah tunang kaa ni ? 
Kakak : besokk . hehe . 
Emma : aah ? waa ... sama cikgu kaa ? 
kakak : iyaa ... :D
emma : wah ... tahniah . haha . *salam tangan* 
Kakak : baa ... kasi lepas lah tangan kakak . 
Emma : *malu* ... ohh iyaa . hihi .. excited baa . 
Kakak : baa .. peluk laa kalau excited . 
Emma : *peluk kakak* . baa , bye kak . :) 
Kakak : Ok ... bagus - bagus belajar . :)
Emma : Okay ! :)  

Tak lama kemudian , wanda call suruh tunggu dekat kedai tu . emma bagitahu mum dan minta izin dari dad mahu pergi majlis cikgu . Alhamdulillah , mum dan dad benarkan . emma tunggu punyalah lama si wanda ni mau sampai . emma call berkali - kali tidak pandai jawab . hee . emma jalan - jalan sekitar kedai tu , terjumpa kedai buku , emma beli buku lah dekat sana sambil - sambil tunggu si wanda . -_- . 

Lambat woo si wanda , dia call suruh emma pegi dekat bank pula aihh . budakk nihh . jadi , emma jalan lagi . sampai di sana emma jumpa lah dengan budak sorang tu . tersengih - sengih . -_- . 

lepas tu , kami jalan pergi kedai mau beli hadiah untuk anak cikgu . sampai dekat kedai , confuse taktau mau beli apa untuk baby umur satu tahun macam anak cikgu tu . beli mainan ? dia belum pandai main . beli kasut ? taktau saiz . mm . kami pergi bahagian baju - baju baby , haha . banyak woo baju baby cantik - cantik . tapi , akhirnya budak dua orang nihh sedar ... semua orang tengah pandang kami . haha . mungkin diorang ingat kami ni ada baby kaa apa . ihh . emma cubit wanda . "wanda - wanda , marii pergi bahagian jualan hadiah" . *cover*

sampai dekat bahagian jualan hadiah ., lagilah confuse tahap gaban . apalah hadiah yang sesuai untuk budak satu tahun tu ?  . kami : *garukkepala* . akhirnya , wanda beli hadiah kaca yang di dalam dia ada air tu . emma pula beli cup . hehe . hentam ja laa . hadiah juga . :D . 

lepas tu , kami pergi jumpa syila dekat jualan dia . mm . syila cakap dia tak dapat ikud . jadi , dia suruh kami naik bas ja pergi rumah cikgu . oleh kerana , parents emma dan parents wanda sibuk tak dapat hantar , kami naik bas lahh . hahaa ~ 

pergi terminal bas , jumpa bas dan bas tu full . tunggu lagi yang satu parking . dapat juga akhirnya . mm . punyalah jauh rumah cikgu . huu ~ dalam bas , kami confuse , takut karang bas tu salah hantar kami . wanda tolak tangan emma guna siku , emma garuk kepala . haha . semua orang pandang kami macam kami terlampau kebandaran . padahal kampungan juga ni . kami tak pernah naik bas sebenarnya . selama ni , takda yang benarkan kami naik bas . huhu ~ 

sampai dekat destinasi , kami turun dekat kedai runcit di kampung cikgu . call punya call cikgu tak jawab . kami call sheyda tanya di mana rumah cikgu . pagar hitam , rumah orange . kami jalan ., akhirnya jumpa . haha ~ 

sesampai di sana , kami tolong adik - adik junior SMKG yang datang . tolong - tolong decorate . letak belon . hehe . emma tukang dukung anak cikgu Princess Aamily Humayraa . hee . dia pukul - pukul emma aa . ganas , lincah betul budak nih , tak pandai diam . 

Tepat jam 4 : 30 ., banyaklah tetamu datang bertandang . hehe . emma , wanda dengan adik tika kena suruh jaga bahagian sayur . kalau kurang , kami tambah . hehe . 

lepas tu , emma pergi ganti sayur yang kurang . sampai di dapur , emma tambah laa sayur tu , dalam perjalanan balik pergi ruangan sayur , emma terlanggar makanan tetamu . punyalah malu . -_- . haha . emma lap lantai dengan tebalkan muka . haha ~ 

lepas tu , sesi bergambar bersama Aamily dan cake ! . hee . cantik cake diaa . jeles akak , Aamily . :/

lepas majlis dah selesai , pinggan sudah dibasuh , diorang semua pegang handphone sms bf . haha . emma yang bercakap daripada tadi tak didengar . dengar sambil tengok handphone . emma diam - diam ja la , dah lewat jam 6 lebih , emma sms infom dad dan mum , takut diorang risau . haa . tak lama kemudian , cikgu pun hantar kami seorang - seorang balik rumah . thank you cikgu . :) . 

balik rumah , mandi , solat , tidur ... hehe . 

Hee . maaflah panjang sangat karangan emma .
minta maaf sebab ambil masa korang .
hehe . btw , syukran sebab sudi baca . 
Salam ukhwah fillah .
Assalamualaikum . 




Khamis, 23 Mei 2013

Cuti dua minggu !

Assalamualaikum . 
Hai ., little sunshine !
you shine like a diamond . haha ~
-Abaikan budak tak betul ni-

Cuti dua minggu ?? .  hehe . emma tak segembira sesiapa pun masa cuti ni . emma takmau buang masa lagi . tahun ni  yang menentukan masa depan emma . SPM . emma kena study kuat ! . hee . emma takmau kalah lagii . i want to prove that im not a loser ! . :') . 

Kekecewaan emma selama ni ., emma kena buang . buang jauh - jauh ke laut . emma takmau semua tu ganggu emma . my past is past and now this is a new me . emma takmau fikir benda yang belum layak untuk emma fikir . emma baru 17 tahun . ,alah , emma belum pun masuk 17 tahun . hee ~ 

Okepp ., now emma bukan mau cerita pasal tu , emma mau cerita pasal cuti dua minggu . hee . subhanaallah ., banyak kertas kerja module spm kena bagi oleh pihak sekolah ., yang lebih dahsyat lagi , kalau tak siap dalam masa dua minggu , pelajar akan dikuarantinkan di watt's hall SMKG sehingga tugasan itu selesai . 

Haha ., nampaknya emma kena off facebook laa kann . hee . emma kena terpuruk laa dalam bilik buat kerja sekolah . haha . ketawakan emma , please . thankyou . ^_^ . 

Hehe ., korang buat apa masa cuti nihh ? haa ! yang UPSR , PMR , SPM tu ., jangan mata dok tengok facebook ajer ! pehe ? *cakapkelantanpulobudoknihh* ., belajo tetap belajo . sedar diri tu dah nak ambil exam . btw ., goodluck to all of us . 

Thanks read . Assalamualaikum . :') . 
Tengah sedih sebenarnya ni

Rabu, 22 Mei 2013

Meet my dalton's senior !

Assalamualaikum .
you , you and you ! 
How are you today ? 
feel in good ? . Alhamdulillah . :)
Btw ., take care and have a nice day , sayang . 

Mm . todayy ., emma mahu cerita pasal senior SMKG yang emma jumpa ! . hehe . emma tak boleh bagitahu orang tu siapa ., but she is a girl okay . jangan salah faham sudah la aa . emma bukan jumpa face to face dengan dia . emma jumpa kat facebook je . hehe ~ 

Seriously ., emma tak sangka ada senior dari SMKG berjaya ke menara gading . Kakak tu student dekat semenanjung dalam bidang kejururawatan . erghh ! ., emma cerita bukan untuk mengata erkk . jangan salah faham . emma jealous kay jealous . emma nak juga sambung belajar jauh - jauh ~ :'/ 

Emma bangga sangat dengan kakak ni , sebab dia mampu berubah bila sampai ke kolej tu . emma respect ar dengan dia and without her known ., im actually anggap dia macam kakak emma sendiri . :) . Emma respect bila kakak ni pakai purdah . itu adalah impian emma selama ni . :') . i want to wear purdah like her ~ 

Selang seminggu or sebulan emma akan IM kakak nih dan bertanya khabar and only Allah know the happiness in my heart . Emma sayang kakak tu ~ ! . 

PESANAN UNTUK KAKAK TU : 
Suatu hari nanti emma nak jadi macam kakak ! :') . 

Thanks read . Salam Ukhwah Fillah . 
Assalamualaikum . 

Sabtu, 27 April 2013

Hari anugerah kecemerlangan pelajar SMKG

Assalamualaikum .
Haiiilioo .... >.< . 
cheeeakkk ! 
*abaikan ... 
okepp now ., mauu cerita pasall apaa ?
hahaa . hari anugerah kecemerlangan . 

Hahaa . fikir emma dapat anugerah apaa . rupanya ... KOKUM NEGERI ja . aiyyooo . tiba - tiba nihh ada surat jemputan pegi hari kecemerlangan . hee . dalam pada masa yang sama ., teacher siti haslinda suruh emma wakilkan kelab english untuk ambil penghargaan . 

*dalam dewan*
cikgu rohati menghampiri ... "Ismah ., tolong wakil si anastasha . dia tidak mahu ambil anugerah diaa" . -_-" . what ?! me alsoo ? . mm . okayy , lahh . saya wakill . punya maluu . yalahh tukang wakil seja . hahaa . 
tapi bangga lahh dapat naiikk pentas . *banggalah sangat* . 

Okepp ., that's all .
thanks read . :) . 

Friendly Match lagiii ?

Assalamualaikum .
Heehee . kali nihhh .
emma cerita pasal softball team jugaa .
hahaa . belum habis - habiss cerita pasal sofbol kann . 

Ini kamiii . si gilaa bergambarr .. dan oppss ! ada 
orang perasan machoo disituuu ~~~ ! si jijie ! :P . 


jyeahhh . kami mau b'gambar lagiii . nak3x ! hahaaa ... 

Kak Jeq withh Qobekkk ! . 

Hahaa . ketawaa sy tengok tuunaa baju putih . carlson yang kuat kasi malu team . 
ituuu si peace . hahaa . si kacak ... ecehhh . hahaa . jadi rebutan si tika dan ghyiel . 
-_- .  

Haa . ni adik2 kamii . Edo , Benny and this guyy ... Jijie . 
aloloo ~ napa adik kitew seorang nieyh . -_-" . 

Inilahh kerja kamii . bergambar . bergambar dan bergambar ...
 haha . modell woo . jupaili ., jijie and neneth . >.< . 

Ehhh ! diorangg nihh . habiss perlawanan sudahh ... 
masih lagi sibuk bergambar . hahaa ...

~ ENJOY WITH THEM ~

. THE END . 

Softball Team

Assalamualaikum .
Haii . hehee .
sihat ? okayy . now ., 
jom emma cerita sesuatu . 
Start skodengg !

Hahaa .. siapa nihh . hoho . this is my softball team . haha . 
apapun ., geng begila nihh semua . hehee . tidak t'masukk saya lahh . 
ehemmm . hahaa . ok . tuuunaaa ... yg l'laki ., bapa yel kamii woo .
Mr Christopher . good job . haahaa ... Yel palingg menang kan . 
kerja kami tukang sycho orangg . :D . 

Ehemm ... ini semua muka gila bergambarr . hahaa . 
debby , connie , christopher , tika , kakak tua kamii ( kak jeq ) , wanda , Qobek , molinah and me !! 
hee ... bahagiaa sangat - sangat dapat berkumpul dengan diorang nihh . XD . 
Nahh kan ... sudahh saya cakap . 
memang gila bergambarr lahh kami nihh . hehee . 
time nihh masa baru habiss pertandingan jam 6 : 30 petangg . 

Tapii ... tidak sia - sia kami gila bergambar . 
biar hitam , biar habiss suara ... haha . 
Akhirnya kamiii menanggg !!! . jyeah ! 

Via SMKG . Keningau . Sabah . 

Jumaat, 26 April 2013

Kakak sepupu dan keluarga balik kampung !

Assalamualaikum .
Haii liaoo . hahaa .
blog baruu ni . btw ., thanks visit . ;)

let i introduce you my family . 

Haha . ini family saya . err ., ni belum turun semua .
baru sikit . hee . ini keluarga sebelah dad . 
dari kanan ., itu Aiman . erm ... diaa tu kira macam anak buah juga lah . 
tapi jauh , sebelah diaa ayah dia , pak man . diorang asal johor . belakang ayah diaa , my king daddy ! .
okay . sebelah ayah Aiman to , abang saya ketiga , Asdee . and beside him , there was me . well ., u all know . hehee . sebelah saya ., anak buahh saya . Natasha Mae . belakang diaa ibu si Aiman . ibu Memey panggilnya . hee . sebelah natasha , my older sister . neeza . depan sister ., it was my little adik bongsu . khairi . sebelah belakang yang bertopi ituuu ... it was my adik selepas saya . zahiruddin yang bikin panas . -_- . depan diaa yang bertudung to ., kakak sepupu dan juga anak , Ashril , ija . pakai tudung yang dibelakang to , my queen mum ! . hehee . yang comel bertudung to , to anak buah . Eka Mahira . dan yang pendek ... to si Ashraf @ Pendekar pendek . dan di belakang eka , that's was my aunt and my cousin . yang bertudung merah ... hah ! tu lah Asyikin . she was my anak buah kesayangan . hee ... dan yang dua orang dekat diaa to adik si Aiman , huda dan zira . dan yang paling last kiri to ... kakak ipar punyaa suami . hee . 

that's all . saya bahagiaa ada keluarga yang sebesar ini . :') . Alhamdulillah . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Copyright 2013 | By Nur Ismah @ Emma Ul'Fah 2013